SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA

29 January 2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


Kepada seluruh warga SKS7 Kota Damansara yang berbangsa Cina, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina dan juga selamat bercuti. Semoga dihindari daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

28 January 2014

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100

Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet yang lalu, bantuan persekolahan RM100 tetap akan diteruskan. Oleh yang demikian, pada hari Rabu yang lepas, bersamaan 22 Januari, bertempat di sekolah ini, pihak sekolah telah mengadakan program penyerahan bantuan persekolahan bermula jam 12.30 tengahari hingga jam 2.30 petang. Boleh dikatakan pada hari tersebut, hampir 90 peratus duit bantuan berjaya diserahkan. 

Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan kelancaran proses penyerahan itu. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung.

PROGRAM PERTAMA TARGET UPSR

Pada 22 Januari yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan satu program ceramah motivasi untuk meransang minda dan semangat murid-murid tahun 5 & 6, sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini dan tahun hadapan. Program ini berlangsung pada pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Dalam program tersebut, pihak sekolah telah menjemput Dr. Shahbuddin Al-Ustaz Mun dari Pusat Motivasi Elit Klang, Selangor sebagai penceramah jemputan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berjalan.


Dr. Shahbuddin sedang memberi ceramah




21 January 2014

GURU LEBIH STRESS

RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.

Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. "Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.

07 January 2014

SEKILAS SEJARAH PENUBUHAN


Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Sungai Buloh dibuka pada 1 Januari 1997. Kemudian, namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Sungai Buloh, seterusnya ditukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara kerana

05 January 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupakan blog rasmi mengenai Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara, Selangor. Segala info mengenai sekolah ini dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar, guru dan juga kakitangan sekolah akan dikemaskini di sini.

Sekian terima kasih.